Friday, October 29, 2010

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Majlis Anugerah Akademik 2010

Hari Kanak-kanak Antarabangsa

Hari Kanak-kanak Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Children's Day, ICD) diraikan di banyak negara, biasanya pada 1 Jun setiap tahun, tetapi tidak semestinya.

ICD berasal daripada Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Tidaklah jelas mengapa 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Sebuah teori mengatakan bahawa konsul-jeneral Republik China di San Francisco (Amerika Syarikat) mengumpulkan sebilangan anak yatim Cina untuk meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 yang jatuh pada 1 Jun tahun tersebut dan kebetulan dengan persidangan di Geneva.

Sejak dari masa itu, 1 Jun telah diamalkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa oleh banyak negara, khususnya oleh negara-negara komunis; di Dunia Barat, hari ini biasanya diraikan pada hari-hari yang lain (jika diraikan) dan seringnya, tidak terdapat banyak kesedaran umum tentang perayaan tersebut (sila lihat bahagian Jerman di bawah untuk perbincangan lanjut). Oleh itu, kekadang terdapat tanggapan salah bahawa hari 1 Jun sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa merupakan sebuah rekaan komunis. Walaupun demikian, sesetengah kumpulan di Amerika Syarikat telah memulakan pengamalan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Hari Kanak-kanak Sedunia

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia "demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia."

oleh kerana itu. sambutan Hari Kanak- kanak akan dimeraikan pada 12 November 2010 di sekolah kami bersama dengan majlis penyampaian Anugerah Akademik di peringkat sekolah.

Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia akan diadakan peringkat kebangsaan pada 8 November 2010. Untuk makluman ouhak tuan dalam program ini akan disertai oleh 350000 murid dari 1005 sekolah si seluruh Malaysia. Sekolah kami juga telah mengambil inisiatif untuk menyertai dalam program ini. Peserta kem ini akan disenarikan dalam Malysian Book Of Record.